sahabat

sahabat

Selasa, 24 Julai 2012

Saja je tulis ni...luahan hati seorang insan



Ya Allah...engkau bantulah aku yg semakin tak berdaya lagi untuk melaluinya...

Sesungguhnya hati ini terguris apabila acapkali menerima apa yang dikatanya.. Kdgkala apa yg dikatakan itu seolah aku tidak tahu apa yg perlu aku lakukan.. Seolah aku lah punca segalanya permasalahan itu berlaku.... seolah apa yg sedang berlaku itu adalah sebuah rancangan yang sememangnya sudah direncanakan...

dulu..... sebelum perasaan itu hadir kenapa perlu memberi seseorang harapan jika hati betul2 tidak sanggup untuk menerimanya... kenapa berbicara sola hati yg ikhlas dan jujur dalam melakukan segalnya.. kenapa perlu smpai mnyatakan janji bukan hnya kpd manusia namun juga berjanji dia melakukan nya kerana Allah swt. kenapa perlu beria-ia menyakinkan sebuah hati yg pernah kecewa... memberinya sebuah harapan... dan kini dimusnahkan... tidak tahu kah ia bertapa hati itu kini kecewa dan terluka dgn apa yg telah berlaku...

atas semua itu yang mengukuhkan aku dan meyakinkan aku yang kita mmng ditakdirkan bersama... setelah aku mula mengaturkan langkah untuk berjalan sebaliknya pulak yang berlaku.... hati aku diguris lagi rupanya...

sukarnya ku rasakan... kesal nya dengan apa yg berlaku...
sudahlah penuh dengan pelbagai kesukaran yg harus di tempuhinya dlm kehidupan seharian ku....

kini dugaan demi dugaan yg dtg kadangkala membuatkan aku sekaan tidak tertanggung untuk melaluinya dan mampu membuat aku rebah..


Namun aku tabah meniti hari-hari aku dgn berdoa agar dia memahami perasaan aku yang terlalu rindukan dia setiap hari...hanya dalam doa lah saja aku selalu mentebut pada ilahi agar dia mengerti syg ku pada nya ikhlas krn Mu Ya Allah.

Hidup aku umpama terhenti pikiran tidak dapat berfungsi setiap yang aku lakukan pasti terdetik nama dia kerana aku tidak pernah menyintai seorang wanita sebegini.......

Tidak pernah bersamanya aku meminta apa2 kerana bila sampai satu masa nnt aku ingin memintanya dgn mulut ini ...... TE SAYA NAK NIKAHI TE DAN MENJADIKAN YANG HALAL BUAT BE .....tapi sekarang hanya doa pada ilahi saja dpt di pohon agar dia megerti cinta ini bukan PALSU.


  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan