sahabat

sahabat

Khamis, 26 Julai 2012

selama aku dikampung

Selama aku di kampung semua orang gembira jumpa aku, aku berjumpa ramai orang yang dah lama aku tinggalkan kerana ingin mengejar cita2...tp sedih juga hati ramai yang aku jumpa tp ramai juga yang telah pergi tinggalkan kami....pakcik-pakcik dan makcik-makcik suka menyakat aku seperti dulu...

mereka kata rindu kat aku....syukur la mereka tak pernah lupakan aku, tp mereka sedih bila aku kata aku dah nk pulang ke bangi selangor minggu ni....dalam hati aku sebak kenapa orang yang aku sayang tak pernah sayang aku pun tetapi orang yang dah lama aku tinggalkan sentiasa rindukan aku.

mereka tahu aku sedih setiap hari mereka tnya kenapa? aku blh jawab aku rindu keluarga aku yang dah pergi dan pakcik makcik yang baik-baik ni. Mereka suka aku mcm anak mereka,

Hari ni aku bersolat di masjid lain, dan semua orang menegur ku dengan ramah, tersentuh hati aku walau kemana aku pergi orang tak pernah pandang buruk pada aku. Jadi aku akan tanya diri kenapa aku dikatakan jahat, buruk, dan mcm2 lagi oleh sesetengah orang?

Baru aku sedar semua salah aku sendiri dah lama aku tinggalkan masjid dah lama aku tinggalkan solat berjemaah....sibuk dengan urusan dunia yang tak mungkin akan dibawa keakhirat,

Kemana aku pergi orang akan tanya kenapa muka muram ?

muram sangat ke aku pun tak perasan aku kata pada mereka tak ada apa2.

.........................................

skrg saya suka tnya diri sendiri bila aku dah tak da nnt berpa orang akan sedih dan berapa orang yang akan gembira.....????


Semoga Allah memberikan aku ketenagan dan mampu tersenyum semula seperti biasa...

Ya Allah ampun kan dosa ku dan ibu bapa serta keluarga ku dan seluruh manusia yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

amin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan