sahabat

sahabat

Sabtu, 28 Julai 2012

Hari ini 28/07/2012

Assalamualaikum

Hari ni tidak ada apa yg menarik, aku nk blk U dah ni....hari aku mcm hari selalu duduk di masjid dari zohor hingga asar...tp hari ni lepas zohor aku bg kuliah kat tok aku....dia sedih sebb paklong aku baru je kembali mengadap ilahi sblm puasa hari tu....aku bg tau dia tok jgn sedih paklong kembali pada allah hari jumaat insya'allah paklong lepas seksa kubur sampai hari kiamat...tok aku senyum tok aku ingt hanya org betul2 kuat iman je.....tidak sbb rasulullah s.a.w dh bg tau setiap umatnya yg mati hari jumaat pasti terlepas seksa kubur...pas tu sedar dh nk asar aku salam tok aku wat kali terakhir dan tok aku cium pipi aku bnyk dia kata dia rinduuu sngt kat aku nnt....aku snyum je

lepas tu aku pun pergi ke masjid semula wat asar dan balik kemas rumah...siap2 barang masuk kereta...mak aku goreng karipap aku suruh wat....ayah aku tengk aku dr jauh dgn muka masam...nk masuk magrib mcm biasa aku dgn ayah aku g masjid ayah aku akan azan tp aku xblh jadi imam huhuhu pikiran celaru....masa solat magrib ni aku nagis je sepanjang solat..habis solat semua tngk aku masa salam tangan ayah aku ...rasa mcm aku bnyk sngt dosa...masa nk balik semua org pandang aku dan senyum tp aku nagis....balik aku tngk mak aku adik dgn kakak aku nagis...

npe hati aku mcm xbg balik je ni....aku sakit hati ..masa aku taip ni pun aku tngh nagis....k kawan2 sy dh nk gerak dah isyak nk solat dan berangkat pergi ...

doa kan keselamatan sy.....sy harap air mata sy hari ni sbb kegembiraan

assalamualikum

Dunia Ini Zalim krn Kita




bila aku sedar aku sudah sampai di tngh laut

apa yg ku tahu hanya menangkap ikan

lalu aku menebar pukat ku

rezeki ku cari untuk keluarga ku



ini lah ibarat aku

hanya tahu menebar janji dan berbudi

hingga tidak sedar diri terhina

bila aku berpaling semuanya mula meninggalkan aku

tetapi kenapa aku tidak mampu mengejar



Allah maha kuasa

Allah merindui ku lalu memberi aku ujian

agar aku terus berdoa padanya

agar aku tidak lupa rumahnya (masjid)

agar aku tidak jalan seperti mereka

agar aku sedar kematian itu pasti

agar aku berusaha berubah kembali padanya



kini setiap hari aku akan berada dirumah Mu Allah

Krn disitulah ketenagan yang Hakiki

Kau lah penenag ku YA ALLAH



Aku  

sedar dunia ini pinjaman amal

dan didunia ini la penuh dgn kezaliman

skrg aku dizalimi dgn pengkhianatan


Aku 

hamba mu yang hina dan jahil 

jgn lah Ya, Allah kau biarkan 

Aku

menderita dgn dosa ku nnt

biar lah aku dihina dan dibenci

namum kau berilah meraka keberkatan dan kemuliaan

krn mereka orang yang tidak mengerti

Aminn

 

Pagi ini....Aku dgn Mak dan Ayah




Dah bersahur ke kawan2

sy g tau mak sy " mak hari ni hadi nk balik tp hadi xtido lg nnt hadi nk drive kereta sampai sana mak doa tau hadi selamat"

mak aku lak hairan" laaaa knp xtido ish budak ni"
huhuhu pas tu aku minta sesuatu yg ayah aku hiran" mak hari ni mak bnyk kerja x?"
mak " tak da la kerja sangat kenapa?"
aku" hadi nak mak wat karipap boleh biar hadi makan tu yg terakhir hari ni"
mak"laaa nk karipap ye la nnt mak buat"
aku senyum je pg ni
ayah aku lak dgn muka hairan sbb aku xpernah minta karipap pagi2 buta cam ni

Aku pun xtau hati aku kata nk sngt mkn karipap dgn mak,ayah,akak dan adik2
dalam hati aku menagis huhuhu mcm xnk balik...kawan2  aku ramai dah cll tnya pagi2 lg
aku xtngk pun pointer sem lepas berapa bila ayah aku tnya aku akan jwb " tak kisah ayah berapa pun sbb hadi dh buat yg terbaikkan, bkn senang 8 paper exzam dlm masa 10 hari....org lain blh r pandai2 anak ayah ni lak biasa2 je"

Ayah dan Mak aku selalu pesan ni kat aku

Ayah aku selalu pesan wat exzam jgn pikir nk dpt pointer tinggi tp pikir untk pahamkan benda tu....
aku xphm dulu tp skrg aku phm setinggi mana pointer kita tp kalau apa yg kita belajar tak phm xda guna pun....

emak aku lak kata jgn pergi mana2 duk tmpt org jgn pi merayap tempat lain dok situ je....hang tu bkn sihat sngt kalau jadi pe2 ayah hang tak blh bawa kereta jalan jauh2"

aku selalu jawab baik mak ayah.....tiap kali aku salam tngn mak dan ayah aku mesti hati aku nk nagis
aku tkt nk langar apa yang diaorg pesan walau pun dpt izin sbb aku asyik pikir kalau jadi apa2 kat aku org lain ambil kisah ke....yg sedih mesti mak dgn ayah..

"Dan yang penting Hadi ingat solat,jujur,amanah dan bertangungjawab bila buat apa pun tahu" pesan Ayah aku lg

sehingga hari ni aku xlangar apa2 janji dgn ayah dan mak alhamdulillah

kenapa aku tkt dgn bas....sbb kejadian paling ngeri yg pertama dlm hidup aku ni aku tngk bas xcident
xda yang selamat

aku tkt sampai sekarang aku duk dlm bas mesti menggigil keluarga aku je tahu mcm mana tkt aku..

tu sbb aku jarang balik kampung mcm org lain....

bila aku balik kampung ramai org tngk aku...mak aku kata ramai ank2 org kampung ni ikot langkah aku...semua nk jadi mcm aku....syukur alhamdulillah aku ank kampung ni yg pertama belajar yang org pandang tinggi...Allah sentiasa beri aku rezeki tp skrg Allah beri aku ujian yg aku xsangka langsung.....hingga saat ini aku menunggu dia kerana dia la semangat aku hingga saat ini....


Ya Allah bahagiakan aku seperti dahulu aminnn

Pembatal Sihir



 

 
  Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.

 

Jujur Sifat yang mulia


 

Jujur adalah sifat penting bagi Islam. Salah satu Aqidah Islam adalah Jujur. Jujur adalah berkata terus terang dan tidak bohong. Orang yang bohong atau pendusta tidak ada nilainya dalam Islam. Bahkan blh jadi orang pendusta ini digolongkan sebagai orang yang munafik. Orang-orang munafik tergolong orang kafir. Nauzubillah. 


 Allah berfirman: وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ 


Artinya: Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta. [Qur'an Suran Al-Baqarah ayat 8 sampai 10] 



Kalau seandainya ummat Islam seorang pendusta, tidak jujur, tentunya ketika ia menyatakan beriman, maka imannya sangat rapuh untuk dipercaya, karena orangnya tidak amanah atau dapat dipercaya karena telah dianggap pendusta.


 

Hukum Janji Dalam Islam

Berjanji itu harus ditepati dan melanggar janji berarti berdosa. Bukan sekedar berdosa kepada orang yang kita janjikan tetapi juga kepada Allah. Dasar dari wajibnya kita menunaikan janji yang telah kita berikan antara lain adalah :
a. Perintah Allah SWT dalam Al-Qurân Al-Karim

Allah SWT telah memerintahkan kepada setiap muslim untuk melaksanakan janji-janji yang pernah diucapkan.

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (QS. An-Nahl : 91)

Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan karena kamu menghalangi dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar. (An-Nal : 94)
b. Menunaikan Janji Adalah Ciri Orang Beriman

Allah menyebutkan dalam surat Al-Mu`minun tentang ciri-ciri orang beriman. Salah satunya yang paling utama adalah mereka yang memelihara amanat dan janji yang pernah diucapkannya.

Telah Beruntunglah orang-orang beriman, yaitu yang .. dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya. (QS. Al-Mu`minun : 1-6).
c. Ingkar Janji Adalah Perbuatan Syetan

Ingkar janji itu merupakan sifat dan perbuatan syetan. Dan mereka menggunakan janji itu dalam rangka mengelabuhi manusia dan menarik mereka ke dalam kesesatan. Dengan menjual janji itu, maka syetan telah berhasil menangguk keuntungan yang sangat besar. Karena alih-alih melaksanakan janjinya, syetan justru akan merasakan kenikmatan manakala manusia berhasil termakan janji-janji kosongnya itu.

Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.(QS. An-Nisa : 120)
d. Ingkar Janji Adalah Sifat Bani Israil

Ingkar janji juga perintah Allah kepada Bani Israil, namun sayangnya perintah itu dilanggarnya dan mereka dikenal sebagai umat yang terbiasa ingkar janji. Hal itu diabadikan di dalam Al-Quran Al-Kariem.

Hai Bani Israil, ingatlah akan ni`mat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku , niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut. (QS. Al-Baqarah : 40)

Sahaabat Korang Tahu x?


 
hari esok dah nak bilik U...ramai tunggu sy Dr. Baha terima kasih tnya pasal saya.. Prof iskandar clss robot jgn ajar susah sngt sy budak xpandai huhuhu


kawan2 lg r kejam ada ke diorang g cari calon untk sy mak aiiii agak2 r....aku xsuka cinta2 ni dah r cinta dgn manusia ni penuh kezaliman..... aku nk tunggu seseorang biar apa pun berapa tahun pun sbb aku ada janji dgn dia nnt sapa nk tolong dia kalau aku xjaga janji ni...korang semua janji dgn aku jgn kutuk atau hina dia ok.....akau tau korang bnyk tolong aku tp aku sayang dia korang semua phm kan jadi jgn ckp belakang pasal dia kalau aku tau siap aku keluar dari Universiti ni huhuhu aku xgurau ok jgn wat JAnji

Aku tau korang kawan aku yg bgs2 nk aku senyum terima kasih ok...aku selalu doa kita semua berjaya tp aku rasa mcm aku dh xmampu huhuhu tp aku akan usaha juga sbb ibu bapa aku menitiskan air mata untk kejayaan aku. Ramai org kat kampung berdoa uyk kejayaan aku...

Korang tau tak masa aku bercuti aku belajar bnyk pasal apa yg zalim dalam dunia ni....
korang tau x aku dilamar oleh ustaz aku dan imam masjid huhuhu tp aku xnk sbb aku nk jaga diri aku
korang tau x aku xbg tau keluarga aku pun pasal ni sbb kalau diaorang tau mesti ibu bapa aku terima huhuhu
korang tau x aku kata bila aku habis bljr nnt aku nk kakak dgn adik2 aku kawin biar aku yang jg ibu bapa aku sampai bila2
korang tau x kakak aku telah tolak berapa pinangan sbb nk jaga keluarga aku sampai aku dah kawin dan berjaya sbb dia kalau kawin dia dah terpisah dgn keluarga aku
korang tau x yang aku kata kak kawin la dgn org tu kesian dia tunggu akak lama dah sy tau akak baik biar hadi jaga keluarga nnt lepas hadi habis belajar ok....hadi xnk kawin

korang tau x korang la sahabat aku dunia akhirat

aku xpernah benci org tp aku suka org benci aku tp kenapa org yg benci aku tu org yg aku syang mcm keluarga aku?

xpe la manusia akan lupa diri dan budi seseorang


kawan2 kalau aku dah xda korang nagis x?
kawan2 kalau aku dah xda jgn sedih ok senyum la sbb aku ni jahat xlayak dgn air mata korang semua


INGT KAWAN2 SOLAT SOLAT SOLAT jgn lupa dan JGN TERTIPU DGN DUNIA

BERSYUKUR BILA ALLAH S.W.T BERI KITA SESUATU SEBB KITA NI XTAHU BILA KITA AKAN MATI TUL X KAWAN2

  1.  

Mari menjaga solat Sahabat



Sapa kata solat ni susah???

solat ni kejap je tp npe kita xmenjaga nya.....dgr azan je tp kita sibuk dgn tv,berchating,berborak2,main game mcm2 la kerja dunia yg kita kejarkan
padahal dunia ni pasti kejap je mati itu yg lebih hampir

kalau org xsolat lg melewatkan solat kita tegur

cuba hayati sahabat rasulullah s.a.w khalifah Umar yg ditikam sewaktu mengimamkan solat
beliau ambil kain balut luka dan teruskan solat.....semasa beliau sakit selepas kejadian itu sahabat lain datang menziarahi beliau dan apa soalan saidina Umar yang pertama......

" kamu sekalian sudah bersolat"

lihat apa yg ditanya dan lihat pada masa sekarang apa yang ditanya

Best ke cerita tu?
berchating dgn sapa tu?
main game apa tu?

dan mcm2 lagi soalan keduniawi mari kita ikot para sahabat yg jujur setia dan taat pada agama dan sesama manusia

jgn jadi manusia yang lebih menghormati dunia dan bila di tegur disalahkan agama....

Rasulullah s.a.w pernah berkata diakhir zaman ramai orang akan menjadi murtad

JGN LA KITA MATI DLM MURTAD

Kawan2 MARI KITA SOLAT DIAWAL WAKTU OK

BUKAN SUSAH PUN NK SOLAT

BG YG LELAKI LEBIH ELOK BERJEMAAH DI MASJID KRN NNT AKAN DISOAL OLEH ALLAH S.W.T

DENGAR AZAN JE KITA LARI KEMASJID OK>>>>

KALAU BLH LBH AWL KEMASJID BLH JADI BILAL
KALAU XDAPAT KITA JADI IMAM
KALAU XDAPAT JUGA JADI LA MAKMUM DI SAF HADAPAN

KEJAR LAH AKHIRAT LEBIH DARI KEJAR DUNIA

KATA SAIDINA UMAR :
JAGA LAH SOLAT KRN INGAT LAH SOLAT ADALAH YANG AWAL MULANYA ISLAM DAN YANG PALING AKHIR HILANG DALAM AGAMA KAMU

SOLAT SOLAT SOLAT                             JGN LUPA KAWAN2


hari ini 27/07/2012 ( Aku hina dari Kamu )

Lambat sy update hari ni...bz sikit bnyk kerja sok nak balik U dah....terkejar2

mlm ni baru dpt satu AMARAN wah tkt sy...huhuhu ye la mana da org xmrh sy kan dibenci huhuhu

sapa benci sy??? angkat tngan

Tapi sy xmrh pun xpe mereka orang yang hebat sy hanya orang yang teruk huhuhu
saya tnya makcik2 dan pakcik2 kat umah sy
benci sy x huhuhu

diaorang kata knp nk benci...KAMI RINDU KAT HADI huhuhu


org yang benci sy adalah org yang xkenal sy dan sy syg mcm keluarga sy huhuhu
tp apa daya jangan risau......sy xpernah ambil hati biar la org hina sy ok jgn mrh kalau org hina dan benci kita tp berdoa la ye huhuhu ucap alhamdulillah insya'allah hati tenang...tp jgn doa suruh Allah beri balsan pada org xbaik....doa la moga mereka dimuliakan =_=

Rasulullah s.a.w pernah dlm satu peristiwa berjalan dan di lempar oleh batu oleh sekumpulan orang....ingat xkisah tu...jgn ingt cerita tv je....masa tu sahabat ingin membalas tp apa yg rasulullah s.a.w kata>>>>

"jangan kerana mungkin ibu bapa mereka tidak beriman tp anak-anak mereka mungkin akan beriman"...bersabar la

jadi kita bersabar je ok ikot rasulullah s.a.w sbb manusia yg tidak mengikot rasulullah pasti tidak akan memandang wajah rasulullah s.a.w...

Kawan-kawan

hari jumaat hari sy dilahirkan dan hari sy berjumpa org yg sy ingt blh menerima sy dgn redha dan bersyukur,,,, tp apa daya telah tertulis kan manusia ini akan menzalimi kaumnya ....

KENAPA KATA MCM TU?

ingt tak ustaz azhar idrus ada ckp:

jodoh ni mudah je sebenarnya allah bg
tp yang menyusahkan adalah manusia sendiri
bukan Allah yang menzalim mereka tp mereka yg menzalimi  manusia lain...


Sy akan tetap pegang janji sy
sy akan tetap bertangunggjwb
sy tkt akan jadi manusia yg muflis...

ingt tak Rasulullah s.a.w bertanya para sahabat...."tahukah kamu apa yg dimaksudkan dgn manusia yg muflis di hari kiamat"

para sahabat " mereka yang kerugian harta benda"

rasulullah s.a.w " maksud muflis adalah mereka yang semua amalan mereka ditolak satu demi satu dan diberikan kepada org yang mereka khianati,fitnah,dan zalimi sedangkan bila habis semua pahala nya dia pasti dibebani dengan dosa2 org yg teraniaya ini.


maaf sekadar ayat ringkas...

ingt kwn2 bila kita dihimpunkan di padang mhasyar kita tidak akan kenal sesiapa pun lagi walau pun ibu bapa kita...mulut tidak akan mampu bercakap..pada waktu ini lah manusia akan menyalahkan semua org bila di soal oleh HAKIM TERAGONG ALLAH S.W.T...

ingt la bkn kita saja ditanya tp seluruh manusia akan disoal termasuk para nabi-nabi.

sapa Xtahu apa yang akan terjadi.....wallahualam

Jumaat, 27 Julai 2012

kalau la da peluang kan




Seorang bapa bertanya kepada bakal menantunya: “Mengapa engkau nak cepat kahwin dengan anak pakcik? Bagi 7 alasan engkau.”


1. dah jumpa pasangan, harus dicepatkan kahwin (hadith)
2. nak jaga mata, hati dan kemaluan
3. nak ikut sunnah, kahwin, ajal bila2 masa sahaja
4. nak ada zuriat yg dapat bahagia dan doakan kami, mati bila2 masa aje
5. dapat beribadat dengan pahala yang berganda bila sudah punya isteri, sedangkan memandangnya sahaja sudah perolehi pahala
6. dapat merasa tanggungjawab sebagai suami dan menjadi seorang yg lebih berfikir lebih matang serta bijaksana bagaimana nak menyara keluarga
7. nak ambil amanah ibu dan ayahnya dan jaganya serta didiknya dengan kehidupan agama
8. saya sayang dan cintakan anak pakcik


fuyooo…^,^

Jumaat

Assalamualaikum

sebelum g solat jumaat ni sy nk ckp sesuatu,

kau siramkan 
wangian mawar putih 
kepada sebuah kenagan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
dari sekadar impian yang kaku
jiwa terpaut menyaksi 
seribu pengorbannan dihulur
cinta kasihan bersemi 
mengagung tak disedari 
Diimpi tak pasti 
mengharap tak mendakap
kesetian dijunjung 
rupanya tak kehujung
lilin yang menyala 
membakari dirinya
buat menerangi 
insan yang memerlukan
tampa di sedaridiri sendiri sinar
duka nestapa dibiarkan saja
 
hidup ku hanta penuh pengharapan

seorang jejaka & cintanya


Nabi Muhammad akan tarik hidung Siti Aishah jika cemburu..Percintaan Nabi Muhammad jauh lebih sweet dan romantik dari pcintaan Romeo & Juliet..ini lah cinta yang ditunjukkan dlm islam cinta itu bkn indah sewaktu bercouple jika itu sama lah seperti cinta romeo & juliet yg tiada nilai dan kebahagian..




seorang jejaka,
Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA apabila DAKWAH disampaikannya..
Apabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGANnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA
Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya..


cintaimu dengan sederhana


Cintaku sederhana dalam kesederhanaan…
Cintaku tak berkobar-kobar penuh nafsu…

Cintaku sederhana dalam keterbatasan…

Cintaku tak menggebu-gebu laksana cinta yang semu,
bergelora di awal namun redup di tengah perjalanan…
 
Cintaku sederhana, namun sanggup mencintaimu apa adanya…
Cintaku sederhana, namun mampu menyayangimu tulus…

Cintaku sederhana, namun hadir saat kau terjatuh…

Cintaku sederhana, namun ada saat kau terluka…

Cintaku sederhana, namun diikat dengan kesetiaan…
 
Cintaku sederhana,
namun terukir di hati yang tulus…
Cintaku penajam imanku…
Cintaku penebal keyakinanku…
 
Cintaku penawar hati dari kelelahan dunia…
Cintaku sederhana, hanya mampu memberi…
 
Aku ingin mencintaimu sederhana
baik dalam memberi dan menerima dengan seadanya.


Kisah diri ku hari Jumaat

 Hari ni hari jumaat, tahu kah orang islam hari jumaat merupakan hari raya mingguan bagi orang islam.

hari ni patutnya aku selalu gembira tp skrg setiap hari ini kepala aku akan memusing2 teringat kisah lama. Boleh aku nk bersajak sikit....

Hari ini datang lagi
kemana matahari yang menyinari aku
kemana angin yang menyejukkan aku
kemana kebahagian yang aku impikan

kenapa aku perlu tertipu oleh dunia
kenapa hati ku dirantai cinta ini
kenapa dia pergi pada saat aku memerlukan
kenapa dia berubah begitu mudah

tapi
hati ini kuat mengatakan 
suatu hari Allah akan kembalikan dia
hati ini tidak pernah menyalahkan dia
biar aku terluka tapi sayang ku tetap teguh

Doa
itu lah kekuatan ku sekarang
jika satu hari dia derita 
tangan ku tidak akan segan menghulur pada dia
jika satu hari dia kecewa
diri aku pasti tidak akan biarkan dia menagis
jika satu hari dia menagis
aku akan doakan kepedihannya berikan pada ku
jika dia lupa aku masih wujud
aku akan berdoa supaya Allah tidak lupakan aku
jika dia bergembira dgn orang lain
aku akan menagis kerana dia telah diusik oleh orang
jika dia tersesat membawa diri
aku tidak akan tidor dan terus mencarinya sampai aku jumpa
jika sudah hilang cinta dlm hatinya pada ku
aku akan kenang semua pengorbanan ku padanya sepanjang masa
jika dia sudah berjaya
aku akan memanjat syukur pada Allah krn makbulkan doa kejayaannya

Dan

Jika ini jumaat terakhir aku
aku mengharapkan dia kembali kepada ku dengan senyuman
jika dia ada dosa dengan aku
aku mendoakan agar Allah meletakkan semua dosa itu pada ku dan bukan pada dia dan ibu bapanya.


 sesungguhnya Aku menanti mu setiapa hari terutamanya hari jumaat 
kerana hari ini lah kita bermula
kerana aku yang jahil ini
benar-benar menyesal
dan aku ini amat
mencintai mu
 nur aisah



MAAF KAN SAYA KERANA KESALAHAN KU NAMUM AKU TIDAK ADA NIAT YANG JAHAT CUMA INGIN MENCARI CINTA YANG DIREDHA 

AWK SAYA SELALU MERINDUI KAMU
SEMOGA AKAN ADA PELUANG TERAKHIR UNTUK KU PADA HARI ESOK

TERIMA KASIH 


Ini Cinta Dari Allah












Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan UCAPKANLAH:
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
  • Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
  • Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
  • Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
  • Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada aku dan dia.”

kenapa aku sayang dia....??



Ya Allah,
Seandainya rindu ini suci maka terbitkanlah,
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah,
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah,
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah.
Kudambakan keredhaanMu..
         Aku tinggalkan cinta kerna-MU Ya ALLAH, 
        Aku yakin kau pelihara dia lebih dari aku. 
       Aku akan datang sebagai yang sah buat dirinya. 
       Sampaikan salam sayang dan rindu aku pada dia setiap hari Ya ALLAH

       Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…


Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??.. Tepuk dada tanyalah IMAN
Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan… Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangannya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai RedhaNya.. Ingatlah…Kesempurnaan Hanya Milik Allah.


Saya nk Awk Tahu




Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,
Kita ini bercintakah?
Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.
Kita ini bercintakah?
———————————————————————
Ya,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.
Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.
Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.
Awak,
bukankah itu adalah cinta?



Khamis, 26 Julai 2012

Apa Itu Cinta Sebenar


Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, 

bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.

jika mencintai seseorang cinta lah ia seperti anda mencintai diri mu bukan sekadar suka2 kerana jika itu cara yang diikot maka zalim la diri kamu kepada orang lain.

 Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, 

dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "

jagan sering memikirkan keburukan dan kejahatan seseorang pikirkan lah apa kebaikan yang telah di lakukan degan mengunakan iman insya'allah kita dapat menilai seseorang dengan hati yang suci tetapi jika menilai dgn nafsu sudah pasti semua orang akan menjadikan hatinya buruk.

Ingat lah Allah s.w.t tidak menzalimi manusia tetapi manusia itu lah yang menzalimi sesama mereka sendiri kerana itu lah penyakit manusia akhir zaman tidak ada yang melihat pada kebaikan tetapi untuk mengejar sesuatu pasti mereka mencari keburukan bagi memusnahkan manusia lain.

cuba kita nilai ini....

Siapa diri kita ? adakah kita ni tuhan, nabi ke?
kenapa nak melihat kesalahan dan keburukan orang lain?
kenapa mentafsir sesuatu dgn nafsu?
kenapa manusia selalu menzalimi?


ingat lah ini juga merupakan fitnah dalam akhir zaman ini.

Manusia suka memfitnah kerana

1.Hendak berjaya dalam pekerjaan.
Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.

2.Memburukkan peribadi orang lain.
Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mmepunyai kepentingan tertentu.

3.Tujuan tertentu.
Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang.Lelaki trsebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.

4.Ingin glamour.
Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama,kedudukan,status dan sebaginya.

5.Suka-suka.
Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.

6.Ahli neraka.
Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibu nya.



Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka....

Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah,ia tanda kita ahli neraka.



Wallahua'lam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam

Fitnah melalui kepimpinan negara

Terdapat para pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah �Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis danlain-lain.



Ada pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna, tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di hadapan orang-orang bukan Islam yang kelirudan terus keliru.



Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan

Tidak kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketikasedang menuntut satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.



Tetapi pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna, membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut naktegur kerana bimbang tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).



Tidak cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan, bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.



Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian

Disebabkan kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama adatidak mahu duduk dalam majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik langsung.



Ada di kalangan golongan remaja Islam yang bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu, yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.



Cara bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.



Fitnah melalui ungkapan

Terdapat di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.



Fitnah melalui penulisan

Terdapat juga segelintir penulis yang proaliran songsang yang memperlekeh hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.



Fitnah melalui iklan produk

Satu lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa produkmereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.



Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan

Para atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.

Begitu juga pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon, pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.



Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid

Satu lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.



 

Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat

Ramai di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan solat Jumaat.



Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam

Disebabkan tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, makaramai di kalangan individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang Tabung Haji dan sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal, sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.



Sesungguhnya mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golonganyang lebih muda ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana kegiatan yang tidak bermoral.

Fitnah Akhir Zaman>adakah kita ini



Fitnah terbesar
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

ramai manusia tidak sedar bila melakukan fitnah. Sudah ka kita lupa apa yang terjadi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dimana disini lah bermulanya golongan orang islam mula berpecah.
kerana fitnah juga lah yang menjadi punca pembunuhan para sahabat nabi.

Adakah kita mengkaji kisah seperti ini, manusia sekarang lebih bekejar-kejar mencari ilmu dunia lalu mininggalkan ilmu akhirat. Tidak kah dunia itu sementara mengapa kita menjadi pemusnah kepada diri kita serta orang lain sedangkan Allah telah memberikan kita sesuatu yang terbaik.

Fitnah blh di ibarat kan sesuatu yang paling buruk bayang kan la sampai Allah s.w.t telah menyatakannya didalam al-quran


Al-Baqarah (2) : 191


وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن 

قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ

2.191. Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.



paham ke tidak pasal dalil ni??

kata kan lah kita membunuh seseorang pasti kita kena tangkap dan kena hukuman tp kita bertaubat Allah mesti ampun kan kita. TETAPI fitnah tidak ada hukuman yang polis nak tangkap betul tak bayangkan sehari anda menfitnah lebih dari seorang maknanya anda telah membunuh lebih seorang dlm masa satu hari. 

Dan sedar lah dosa menfitnah hanya terampun apabila orang yang difitnah itu mengampunkannya.

bayangkan mati dalam keadaan menfitnah kemana kita ye....tempat yang Allah s.w.t telah sediakan satu tempat dikenali sebagai NERAKA SAQAR.



Rasulullah s.a.w pernah menyebut didalam khutbah jumaat nya 


Rasulullah SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."
 
Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."


Saya pernah mendegar ustaz bagi tahu jauh kan la diri dari fitnah kerana fitnah ni bnyk jenis

kita tak belajar kita tak tahu la ...asyik belajar ilmu dunia kemana ilmu akhirat kita

>> apa yang saya dengar>>

        "fitnah ini dikira dosa nya dari awl yang paling kecil hingga lah paling besar...
          bermula dosa dari kita duduk
          kemudian kita bagun untk mengerjakan fitnah ini
          bergerak untk melakukan fitnah
          dan melakukan fitnah
          bayangkan la kalau kita sudah mengerakkan dosa fitnah ini sedikit cukup la berhenti setakat  
          itu kita duduk jangan begerak lagi..kerana itu lah kita harus mengawal diri kita jagan nafsu
          yang mengawal kita"

dari mana fitnah bermula>>> skrg bnyk fitnah muncul melalui drama, lagu dan konset2 nampak macam tak ada apa2 kan....

Jangan jadi manusia yang lupa diri kerana yang luar belum tunjuk isi dalamnya.....jagan kita tergolong manusia yang menfitnah....


semua orang ada keburukan dan kebaikan.....kerana kita manusia tidak dapat lari dari semua tu dan bagi mereka yang tidak bersyukur Allah akan menarik sesuatu kenikmatan itu secara mereka tidak sedar sedang kan mereka akan terus terleka dengan dunia ini....itu lah golongan yang rugi.  


MARI KAWAN-KAWAN KITA BLJR JADI MANUSIA YANG BERSYUKUR DAN MEMOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH KITA OK

wallahualam

selama aku dikampung

Selama aku di kampung semua orang gembira jumpa aku, aku berjumpa ramai orang yang dah lama aku tinggalkan kerana ingin mengejar cita2...tp sedih juga hati ramai yang aku jumpa tp ramai juga yang telah pergi tinggalkan kami....pakcik-pakcik dan makcik-makcik suka menyakat aku seperti dulu...

mereka kata rindu kat aku....syukur la mereka tak pernah lupakan aku, tp mereka sedih bila aku kata aku dah nk pulang ke bangi selangor minggu ni....dalam hati aku sebak kenapa orang yang aku sayang tak pernah sayang aku pun tetapi orang yang dah lama aku tinggalkan sentiasa rindukan aku.

mereka tahu aku sedih setiap hari mereka tnya kenapa? aku blh jawab aku rindu keluarga aku yang dah pergi dan pakcik makcik yang baik-baik ni. Mereka suka aku mcm anak mereka,

Hari ni aku bersolat di masjid lain, dan semua orang menegur ku dengan ramah, tersentuh hati aku walau kemana aku pergi orang tak pernah pandang buruk pada aku. Jadi aku akan tanya diri kenapa aku dikatakan jahat, buruk, dan mcm2 lagi oleh sesetengah orang?

Baru aku sedar semua salah aku sendiri dah lama aku tinggalkan masjid dah lama aku tinggalkan solat berjemaah....sibuk dengan urusan dunia yang tak mungkin akan dibawa keakhirat,

Kemana aku pergi orang akan tanya kenapa muka muram ?

muram sangat ke aku pun tak perasan aku kata pada mereka tak ada apa2.

.........................................

skrg saya suka tnya diri sendiri bila aku dah tak da nnt berpa orang akan sedih dan berapa orang yang akan gembira.....????


Semoga Allah memberikan aku ketenagan dan mampu tersenyum semula seperti biasa...

Ya Allah ampun kan dosa ku dan ibu bapa serta keluarga ku dan seluruh manusia yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia

amin



hari ni 26/07/2012

Assalamualaikum

Hari ni kuliah zohor best huhuhu ustaz cerita kenapa di uji ....
nak tau kenapa sbb >>>

                                 "bila Allah S.W.T rindu dan sayangkan seseorang hambaNya Allah S.W.T
                                   akan  menyuruh malaikat Jibril a.s untuk memberi ujian kepadanya, supaya
                                   seseorang itu akan terus mengingati Allah S.W.T dan berdoa padaNya
                                   memohon perttolongan"

 

jadi seandainya kita diuji ingat lah sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada hambaNya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ustaz juga menceritakan bagai mana hari kiamat akan datang...first time aku tau ni cerita mcm mana imam mahdi dan nabi isa akan muncul.

mesti ramai yang nak tau kan.....adakah kita semua tahu bahawa Rasulullah s.a.w memberitahu imam mahdi ini berasal dari keturunannya dan mempunyai nama yang sama dengan beliau, kemunculan imam mahdi bukan diakui oleh diri dia sebagai imam mahdi sebaliknya akan terjadi satu pemberontakan di kota mekah dan pada masa itu imam mahdi akan muncul dan meleraikan pemberontakan tersebut  setelah itu beliau diangkat oleh orang disana sebagai imam mahdi,

Dan diwaktu solat subuh akan datang Isa a.s(nabi Isa a.s) dan disuruh menjadi imam pada solat subuh itu oleh imam mahdi namum Isa a.s meletakkan tangannya di belakang imam mahdi dan disuruh imam mahdi menjadi imam.

kenapa saya memanggil Isa a.s dan bukannya Nabi Isa a.s?

ini kerana pada kemunculan Isa a.s nanti beliau bukan lagi digelar nabi kerana nabi terakhir adalah nabi muhammad s.a.w dan isa a.s juga tidak akan menggunakan kitap nya iaitu injil tetapi beliau akan mengunakan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. kerana ajaran yang terakhir adalah dari baginda.

setelah solat subuh itu selesai Isa .a.s akan keluar dari masjid dan menghunuskan pedangnya serta menjatuhkan agama kristian. Ketika kemunculan Isa a.s ini diketahui oleh dajjal maka larilah dajjal kerana takutkan Isa a.s.

Isa a.s akan mengejar dajjal itu ke satu perkampungan di Palestine yang mana ustaz mengatakan dia lupa nama kampung tu tetapi pada zaman sekarang kampung itu telah pun wujud.

selepas itu Islam menjadi agama yang kuat dan ada kisah-kisah lain lagi yang terjadi serta disaat ini kita menunggu hanya kehancuran dunia dan hari pembalasan

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

APA YANG PERLU KITA TAHU BAHAWA KIAMAT ITU SUDAH DEKAT,
TAPI YANG LEBIH DEKAT DENGAN KITA ADALAH KEMATIAN,
JADI SUDAHKAH ANDA BERTAUBAT,
SEGERAKANLAH SESUNGGUHNYA JANGAN KITA MATI DLM KEADAAN BUKAN ISLAM ATAU PENUH DENGAN DOSA....

Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
                       
 Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah.    (Surah Annamel : 87)

WALLAHUALAM.....