sahabat

sahabat

Rabu, 25 Julai 2012

Kisah Pengajaran dari Sebiji Tembikai


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
 
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya : “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu ?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya : “Ada pun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan ia pun redhalah dengan apa yang telah di tentukan oleh Allah SW.
 

jadi apakah kita paham mengenai kisah ini....Allah s.w.t tidak pernah menzalimi kita tapi yang menzalimi manusia itu adalah manusia kerana sikap tidak bersyukur dgn pemberian Allah s.w.t...mereka hanya tahu mencaci dan mencela sesuatu keburukan padahal mereka tidak pernah bersyukur apa yang Allah s.w.t telah berikan pada  mereka...mereka akan menyalah kan Allah s.w.t tampa kita sedar...jadi lah manusia yg bersyukur apa yang Allah s.w.t berikan bukan seseorang yang hanya tahu mencari keburukan tampa kita sedar kita terlupa setiap kebaikan seseorang itu yang lebih banyak dari keburukan....


JANGAN JADI MANUSIA YANG MENZALIMI ORANG LAIN HANYA KERANA MEMIKIRKAN KEBURUKAN ORANG ITU


TP JADILAH MANUSIA YANG BERSYUKUR DENGAN KEBAIKAN YANG TELAH DIBERIKAN 

SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T PASTI MEMBALAS MEREKA YANG MENZALIMI ORANG LAIN DAN TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG DIBERIKAN.


ps: jangan salahkan Allah s.w.t bila sesuatu pekara itu terjadi krn Allah s.w.t sentiasa memberi pada kita tp kita sendiri yang menghina pemberian Allah s.w.t itu....ingt la semua manusia yang hidup di dunia ini jahil kecuali Rasulullah s.a.w....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan