Jujur.. Aku sangat malu melihat mereka yang lunak bacaan al-Qurannya.. Sedang mereka hafiz tapi aku sekadar hafal lagu.# MUHASABAH :’(
Sungguh..
Sayu rasa hati, cemburu juga ada mendengarkan ayat ALLAH ini dibacakan
dengan sungguh merdu oleh hafiz-hafiz, sungguh tertitis air mata walau
sedang solat sakalipun kerana mendengarkan imam muda membacakan
al-Fatihah dan surah lazim dengan sungguh penghayatan sepertinya faham
maksud disebaliknya. Aku pula..
Aku pula
hanya pemuda biasa.. Yang tersiul di bibir lagu-lagu HOT masa kini.. :’(
Namun akanku istiqomah, menatap ayat-ayatMU setiap hari. Kerana, aku
membesar dengan kalimahMU YA ALLAH.. Aku mengingatkan diriku dan semua
yang membaca :
Andai tidak kita mampu mengaji semerdunya, janganlah pula kita tidak langsung menatap ayat suciNYA dengan melebihkan mendengar lagu-lagu semasa.KETAHUILAH : Sungguh melihat al-Quran sahaja sudah berpahala, apatah lagi mendengar alunan ayatNYA, lagikan membacanya, malah amat besarlah manfaatnya orang yang membaca, memahami tafsirnya serta mengamalkannya.Kita orang yang bagaimana? Fikirkan.Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan