Hari ni kuliah zohor best huhuhu ustaz cerita kenapa di uji ....
nak tau kenapa sbb >>>
"bila Allah S.W.T rindu dan sayangkan seseorang hambaNya Allah S.W.T
akan menyuruh malaikat Jibril a.s untuk memberi ujian kepadanya, supaya
seseorang itu akan terus mengingati Allah S.W.T dan berdoa padaNya
memohon perttolongan"
jadi seandainya kita diuji ingat lah sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada hambaNya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Ustaz juga menceritakan bagai mana hari kiamat akan datang...first time aku tau ni cerita mcm mana imam mahdi dan nabi isa akan muncul.
mesti ramai yang nak tau kan.....adakah kita semua tahu bahawa Rasulullah s.a.w memberitahu imam mahdi ini berasal dari keturunannya dan mempunyai nama yang sama dengan beliau, kemunculan imam mahdi bukan diakui oleh diri dia sebagai imam mahdi sebaliknya akan terjadi satu pemberontakan di kota mekah dan pada masa itu imam mahdi akan muncul dan meleraikan pemberontakan tersebut setelah itu beliau diangkat oleh orang disana sebagai imam mahdi,
Dan diwaktu solat subuh akan datang Isa a.s(nabi Isa a.s) dan disuruh menjadi imam pada solat subuh itu oleh imam mahdi namum Isa a.s meletakkan tangannya di belakang imam mahdi dan disuruh imam mahdi menjadi imam.
kenapa saya memanggil Isa a.s dan bukannya Nabi Isa a.s?
ini kerana pada kemunculan Isa a.s nanti beliau bukan lagi digelar nabi kerana nabi terakhir adalah nabi muhammad s.a.w dan isa a.s juga tidak akan menggunakan kitap nya iaitu injil tetapi beliau akan mengunakan apa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. kerana ajaran yang terakhir adalah dari baginda.
setelah solat subuh itu selesai Isa .a.s akan keluar dari masjid dan menghunuskan pedangnya serta menjatuhkan agama kristian. Ketika kemunculan Isa a.s ini diketahui oleh dajjal maka larilah dajjal kerana takutkan Isa a.s.
Isa a.s akan mengejar dajjal itu ke satu perkampungan di Palestine yang mana ustaz mengatakan dia lupa nama kampung tu tetapi pada zaman sekarang kampung itu telah pun wujud.
selepas itu Islam menjadi agama yang kuat dan ada kisah-kisah lain lagi yang terjadi serta disaat ini kita menunggu hanya kehancuran dunia dan hari pembalasan
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
APA YANG PERLU KITA TAHU BAHAWA KIAMAT ITU SUDAH DEKAT,
TAPI YANG LEBIH DEKAT DENGAN KITA ADALAH KEMATIAN,
JADI SUDAHKAH ANDA BERTAUBAT,
SEGERAKANLAH SESUNGGUHNYA JANGAN KITA MATI DLM KEADAAN BUKAN ISLAM ATAU PENUH DENGAN DOSA....
Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a.
berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah
s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah
s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka
ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan."
Saya bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala)
itu?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan
tanduk dari cahaya." Saya bertanya lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah
s.a.w. menjawab: "Sangat besar bulatannya, demi Allah yang
mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar bulatannya
itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali iaitu pertama Nafkhatul
faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk
mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk
menghidupkan kembali atau membangkitkan)."
Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu mematikan dan membangkitkan.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa
yauma yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah
(Yang bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka
terkejut takut semua yang dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki
oleh Allah. (Surah Annamel :
87)
WALLAHUALAM.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan