sahabat
Khamis, 26 Julai 2012
Apa Itu Cinta Sebenar
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW,
bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
jika mencintai seseorang cinta lah ia seperti anda mencintai diri mu bukan sekadar suka2 kerana jika itu cara yang diikot maka zalim la diri kamu kepada orang lain.
Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a,
dari Rasulullah SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan perangai yang bagus. "
jagan sering memikirkan keburukan dan kejahatan seseorang pikirkan lah apa kebaikan yang telah di lakukan degan mengunakan iman insya'allah kita dapat menilai seseorang dengan hati yang suci tetapi jika menilai dgn nafsu sudah pasti semua orang akan menjadikan hatinya buruk.
Ingat lah Allah s.w.t tidak menzalimi manusia tetapi manusia itu lah yang menzalimi sesama mereka sendiri kerana itu lah penyakit manusia akhir zaman tidak ada yang melihat pada kebaikan tetapi untuk mengejar sesuatu pasti mereka mencari keburukan bagi memusnahkan manusia lain.
cuba kita nilai ini....
Siapa diri kita ? adakah kita ni tuhan, nabi ke?
kenapa nak melihat kesalahan dan keburukan orang lain?
kenapa mentafsir sesuatu dgn nafsu?
kenapa manusia selalu menzalimi?
ingat lah ini juga merupakan fitnah dalam akhir zaman ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan