Fitnah melalui kepimpinan negara
Terdapat para
pemimpin negara-negara umat Islam, yang tidak segan silu untuk
mengisytiharkan bahawa mereka telah melaksanakan undang-undang Islam
dalam pentadbiran negara dan boleh dikatakan negara mereka adalah sebuah
�Negara Islam�. Pada hal pada masa memerintah mereka mentadbir dengan
sistem Sekular, Kapitalis, Sosialis danlain-lain.
Ada
pula yang tidak menampakkan Islam secara jelas,isteri-isteri mereka
tidak memakai hijab (tudung kepala) serta menutup aurat dengan sempurna,
tidakkah tindakan mereka itu telah memfitnah Islam secara langsung di
hadapan orang-orang bukan Islam yang kelirudan terus keliru.
Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan
Tidak
kurang juga terdapat golongan ahli ilmu agama ketikasedang menuntut
satu ketika dahulu, telah menanam hasrat untuk lulus cemerlang agar
pulang nanti ditawarkan jawatan yang selesa.
Tetapi
pada masa yang sama mereka lupa bahawa ketika menyandang jawatan penting
di jabatan keagamaan, mereka tidak menjalankan tugas dengan sempurna,
membiarkan perkara mungkar terus berlaku (takut naktegur kerana bimbang
tidak dinaikkan pangkat atau ditukar ke jabatan lain).
Tidak
cukup dengan itu, idea untuk menyatakan perkara-perkara makruf agar
jadi program utama pun terkadang-kadang tidak berani untukdilakukan,
bimbang dilabel golongan yang melawan pihak atasan, akhirnya masyarakat
jadi keliru kerana golongan ahli agama pun bercakap tidak serupa bikin.
Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian
Disebabkan
kerana kurang pendedahan maklumat agama, sama adatidak mahu duduk dalam
majlis ilmu agama atau ceramah, maka ramai dikalangan orang Islam ini
memperlihatkan penampilan diri mereka benar-benar tidak Islamik
langsung.
Ada di kalangan golongan remaja Islam yang
bertatu, menampakkan pusat (perempuan), bergelang tangan, berantai dan
bertindik (yang lelaki), mencukur bulu kening, memakai rambut palsu,
yang perempuan menyerupai lelaki atau yang lelaki menyerupai perempuan.
Cara
bercakap seperti orang bukan Islam, berlepak, merempit tanpa hala tuju
hidup, mendurhaka dan melukai perasaan kepada ibu bapa,menyakiti jiran
dan banyak, tidakkah semua tindakan itu fitnah terhadap Islam, kerana
Islam tidak pernah mengajar penganutnya berbuat demikian.
Fitnah melalui ungkapan
Terdapat
di kalangan orang Islam yang memfitnah Islam dengan ungkapan mereka
seperti kata-kata: Islam tidak relevan pada zaman orang mengejar Sains
dan Teknologi, undang-undang Islam seperti hudud, qisas,takzir dan
lain-lain sudah tidak sesuai pada hari ini, ia hanya boleh dilaksanakan
di padang pasir pada zaman Rasulullah s.a.w.
Fitnah melalui penulisan
Terdapat
juga segelintir penulis yang proaliran songsang yang memperlekeh
hukum-hukum Islam dalam blog, rencana atau buku-buku tulisan mereka, ia
disifatkan sebagai satu tindakan berani kerana mereka tahu bahawa
tindakan itu tidak akan dikenakan apa-apa.
Fitnah melalui iklan produk
Satu
lagi fitnah yang tidak dapat dikawal akibat kelemahan para pemimpin
negara ialah kecenderung syarikat-syarikat mempromosi produk mereka
dengan menggunakan khidmat model-model Melayu/Islam, ada yang
mendedahkan aurat, kepala semata-mata untuk menunjukkan bahawa
produkmereka cukup berkesan tiada tompok-tompok hitam di badan model.
Fitnah melalui penglibatan dalam sukan, hiburan
Para
atlet negara termasuk yang angkat berat disertai atlet muslimah yang
cukup menggiurkan ketika menunjukkan aksi mengangkat berat, termasuk
dalam sukan jimrama, renang, hoki dan lain-lain.
Begitu juga
pendedahan aurat di kalangan penghibur seperti penyanyi, pelakon,
pelawak wanita juga tidak kurang yang memakai pakaian yang tidak sesuai
dengan jenama mereka sebagai orang Islam.Semua itu dianggap memfitnah
Islam kerana menggambarkan seolah-olah Islam membenarkan tindakan itu.
Fitnah berbangga kerana memperbanyakkan masjid
Satu
lagi fitnah pada akhir zaman ini ialah terlalu berbangga dengan
bilangan masjid yang banyak, tetapi kosong dengan pengajian agama, malah
terdapat pula replika masjid yang menelan belanja jutaan ringgit tetapi
tidak boleh solat Jumaat di dalamnya.
Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat
Ramai
di kalangan pekerja Islam, bukan yang menceburi bidang binaan, yang
bekerja dalam bilik berhawa dingin pun tidak melakukan solat fardu atau
Jumaat. Terdapat senario di mana ada pekerja Muslim disebuah kilang
ditegur majikan yang bukan Islam mengapa mereka tidak pergi menunaikan
solat Jumaat.
Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam
Disebabkan
tidak menguasai dengan baik ilmu-ilmu fardu ain, makaramai di kalangan
individu Islam tidak bercakap benar, melakukan pecah amanah berjuta-juta
ringgit, rasuah, penipuan, menggelapkan wang Tabung Haji dan
sebagainya, menunjukkan sikap dan akhlak orang Islam sangat kritikal,
sekali gus ia memfitnah agama Islam yang suci.
Sesungguhnya
mereka itu semua berdosa di hadapan Allah kerana tidak menunjukkan
sesuatu tindakan yang baik terutama kepada golonganyang lebih muda
ataupun di kalangan bukan Islam yang berpandangan Islam menjana kegiatan
yang tidak bermoral.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan