sahabat

sahabat

Rabu, 25 Julai 2012

Hari ini 25/07/2012

assalamualaikum

saja nk berkongsi, hari ni seperti hari sebelum ni muram je...ayah ambil cuti hari ni, ayah tanya kenapa muka masam je dah jom kita pi kedai....aku hairan kedai pe lak dengam senyum sikit (tapi ayah aku tau hati aku tak senyum pun ) aku masuk je kereta ayah aku...sekali ayah aku menjerit tepi telinga buat aku terkejut ...ayah kata sambil senyum hang naik la kereta hang, beli kereta tp tak naik ke....baru aku sedar aku ada kereta sendiri rupanya sejak aku beli baru 2 kali  aku naik sebab aku lebih banyk berjalan kaki je...aku pun naik kereta aku tapi hairan gak kenapa aku kena bawa kereta sendiri ayah pun bawa kereta dia sendiri kan senang kalau pergi sekali...

ikot2 kereta ayah aku dia berhenti depan kedai accessories kereta... la ayah aku ni nak modified kereta dia jadi kereta cam aku ke??? bila masa lak bapak aku ni minat modified kereta jadi kereta sport ni hairan gak aku.....sekali bapak aku kata haaaa tunggu pe lagi jom tngk apa blh ubah kereta hang tu lagi....baru aku tau ayah aku ni nk belanja aku ubah suai kereta aku....aku pe lagi masuk la tngk apa blh tukar....

lepas berpa minit ayah aku tnya " nak tambah apa lagi tu?",, aku senyum je....dia hairan pas tu dia tnya sekali la " nak tukar apa ?" korang rasa apa aku jawab...dlm hati aku sedih je sebenarnya aku tau ayah aku nak wat aku gembira hari tu....jadi bila ayah aku tanya aku senyum seikhlasnya sebab aku tak nak dia sedih macam aku...kemudia aku jawab ni " hadi tak nak tambah apa2 ayah huhuhu hadi nak balik rumah boleh?"ayah aku pun hairan (dulu aku pernah cakap kat ayah aku yang aku suka modified kereta jadi kereta sport tu sebab ayah aku hairan bila aku kata tak nak)...jadi aku tarik tangan ayah aku keluar dan ajak balik sambil senyum ayah aku tau aku senyum macam mana pun hati hati aku sakit lagi...sbb aku tak pernah tunjuk kat depan ayah dan mak aku kalau sedih...

Aku pun balik, ayah aku risau aku sedih sambil bawa kereta ni sbb aku pernah accident  masa memandu dlm keadaan sedih...hari ni sampai rumah aku terus solat sunat 2 rakaat dan berdoa....    

Ya Allah kalau ditakdirkan aku hidup lagi jadikan aku anak yang soleh,
Ya Allah kalau ditakdirkan aku mati jagan bebankan dosa ku keatas kedua ibu bapa ku
Ya Allah Kau Maha Berkuasa aku berdoa agar Kau haram kan neraka jahanam untk ibu bapa ku dan seluruh ahli keluarga ku, rakan2 ku serta sesiapa saja yang menyakiti hati ku dan Kau halal kan syurga Mu untk mereka semua terutamanya kepada kedua ibu bapa ku.

Ya Allah jika ada dosa ibu bapa ku kau bebankan lah dosa itu kepada ku,
Ya Allah peliharalah ibu bapa ku seperti mereka memeliharaku  dari kecil dgn penuh kasih sayang

Ya  Allah bila ajal ku tiba matikan lah aku dlm husnul khotimah, seperti org2 beriman.

Ya Allah jika ada yang menzalimi aku dan menyakiti hati ku hingga membuat ibu bapa ku bersedih di atas kesedihan ku...maka Kau letakkan dosa mereka itu di atas ku kerana kesedihan ku lah yang membuat ibu bapa ku bersedih dan bukan kerana mereka yang menyakiti ku...


Ya Allah Kau Maha pemurah lagi Maha Pengasih

makbulkan doa ku, aminn


Tiada ulasan:

Catat Ulasan