sahabat

sahabat

Jumaat, 27 Julai 2012

Kisah diri ku hari Jumaat

 Hari ni hari jumaat, tahu kah orang islam hari jumaat merupakan hari raya mingguan bagi orang islam.

hari ni patutnya aku selalu gembira tp skrg setiap hari ini kepala aku akan memusing2 teringat kisah lama. Boleh aku nk bersajak sikit....

Hari ini datang lagi
kemana matahari yang menyinari aku
kemana angin yang menyejukkan aku
kemana kebahagian yang aku impikan

kenapa aku perlu tertipu oleh dunia
kenapa hati ku dirantai cinta ini
kenapa dia pergi pada saat aku memerlukan
kenapa dia berubah begitu mudah

tapi
hati ini kuat mengatakan 
suatu hari Allah akan kembalikan dia
hati ini tidak pernah menyalahkan dia
biar aku terluka tapi sayang ku tetap teguh

Doa
itu lah kekuatan ku sekarang
jika satu hari dia derita 
tangan ku tidak akan segan menghulur pada dia
jika satu hari dia kecewa
diri aku pasti tidak akan biarkan dia menagis
jika satu hari dia menagis
aku akan doakan kepedihannya berikan pada ku
jika dia lupa aku masih wujud
aku akan berdoa supaya Allah tidak lupakan aku
jika dia bergembira dgn orang lain
aku akan menagis kerana dia telah diusik oleh orang
jika dia tersesat membawa diri
aku tidak akan tidor dan terus mencarinya sampai aku jumpa
jika sudah hilang cinta dlm hatinya pada ku
aku akan kenang semua pengorbanan ku padanya sepanjang masa
jika dia sudah berjaya
aku akan memanjat syukur pada Allah krn makbulkan doa kejayaannya

Dan

Jika ini jumaat terakhir aku
aku mengharapkan dia kembali kepada ku dengan senyuman
jika dia ada dosa dengan aku
aku mendoakan agar Allah meletakkan semua dosa itu pada ku dan bukan pada dia dan ibu bapanya.


 sesungguhnya Aku menanti mu setiapa hari terutamanya hari jumaat 
kerana hari ini lah kita bermula
kerana aku yang jahil ini
benar-benar menyesal
dan aku ini amat
mencintai mu
 nur aisah



MAAF KAN SAYA KERANA KESALAHAN KU NAMUM AKU TIDAK ADA NIAT YANG JAHAT CUMA INGIN MENCARI CINTA YANG DIREDHA 

AWK SAYA SELALU MERINDUI KAMU
SEMOGA AKAN ADA PELUANG TERAKHIR UNTUK KU PADA HARI ESOK

TERIMA KASIH 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan