sahabat

sahabat

Khamis, 26 Julai 2012

Fitnah Akhir Zaman>adakah kita ini



Fitnah terbesar
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”

(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

ramai manusia tidak sedar bila melakukan fitnah. Sudah ka kita lupa apa yang terjadi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dimana disini lah bermulanya golongan orang islam mula berpecah.
kerana fitnah juga lah yang menjadi punca pembunuhan para sahabat nabi.

Adakah kita mengkaji kisah seperti ini, manusia sekarang lebih bekejar-kejar mencari ilmu dunia lalu mininggalkan ilmu akhirat. Tidak kah dunia itu sementara mengapa kita menjadi pemusnah kepada diri kita serta orang lain sedangkan Allah telah memberikan kita sesuatu yang terbaik.

Fitnah blh di ibarat kan sesuatu yang paling buruk bayang kan la sampai Allah s.w.t telah menyatakannya didalam al-quran


Al-Baqarah (2) : 191


وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُم مِّنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلاَ تُقَاتِلُوهُمْ عِندَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِن 

قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاء الْكَافِرِينَ

2.191. Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikanlah balasan bagi orang-orang kafir.



paham ke tidak pasal dalil ni??

kata kan lah kita membunuh seseorang pasti kita kena tangkap dan kena hukuman tp kita bertaubat Allah mesti ampun kan kita. TETAPI fitnah tidak ada hukuman yang polis nak tangkap betul tak bayangkan sehari anda menfitnah lebih dari seorang maknanya anda telah membunuh lebih seorang dlm masa satu hari. 

Dan sedar lah dosa menfitnah hanya terampun apabila orang yang difitnah itu mengampunkannya.

bayangkan mati dalam keadaan menfitnah kemana kita ye....tempat yang Allah s.w.t telah sediakan satu tempat dikenali sebagai NERAKA SAQAR.



Rasulullah s.a.w pernah menyebut didalam khutbah jumaat nya 


Rasulullah SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."
 
Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arabi datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arabi itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."


Saya pernah mendegar ustaz bagi tahu jauh kan la diri dari fitnah kerana fitnah ni bnyk jenis

kita tak belajar kita tak tahu la ...asyik belajar ilmu dunia kemana ilmu akhirat kita

>> apa yang saya dengar>>

        "fitnah ini dikira dosa nya dari awl yang paling kecil hingga lah paling besar...
          bermula dosa dari kita duduk
          kemudian kita bagun untk mengerjakan fitnah ini
          bergerak untk melakukan fitnah
          dan melakukan fitnah
          bayangkan la kalau kita sudah mengerakkan dosa fitnah ini sedikit cukup la berhenti setakat  
          itu kita duduk jangan begerak lagi..kerana itu lah kita harus mengawal diri kita jagan nafsu
          yang mengawal kita"

dari mana fitnah bermula>>> skrg bnyk fitnah muncul melalui drama, lagu dan konset2 nampak macam tak ada apa2 kan....

Jangan jadi manusia yang lupa diri kerana yang luar belum tunjuk isi dalamnya.....jagan kita tergolong manusia yang menfitnah....


semua orang ada keburukan dan kebaikan.....kerana kita manusia tidak dapat lari dari semua tu dan bagi mereka yang tidak bersyukur Allah akan menarik sesuatu kenikmatan itu secara mereka tidak sedar sedang kan mereka akan terus terleka dengan dunia ini....itu lah golongan yang rugi.  


MARI KAWAN-KAWAN KITA BLJR JADI MANUSIA YANG BERSYUKUR DAN MEMOHON MAAF ATAS SEGALA SALAH KITA OK

wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan